BSN jelas caj RM10, RM12 - Utusan Malaysia

BSN jelas caj RM10, RM12

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Caj RM10 yang dikenakan Bank Simpanan Nasional (BSN) terhadap setiap penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) Fasa Kedua tahun ini merupakan baki minimum yang perlu ada di dalam akaun simpanan bagi membolehkan akaun kekal aktif.

BSN dalam kenyataan berkata, jumlah tersebut adalah yang terendah dalam kalangan bank-bank lain di negara ini.

“Caj RM12 pula hanya akan dikenakan sekiranya pelanggan memerlukan Kad Debit BSN bagi memudahkan mereka untuk transaksi pengeluaran pada masa akan datang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pilihan untuk Kad Debit BSN ini terletak sepenuhnya di tangan setiap pelanggan kami,” katanya di sini hari ini.

Dalam kenyataan sama, BSN berkata, pihaknya telah mempermudahkan proses yang pengeluaran BSH termasuk membuka kaunter dan menempatkan kakitangan tambahan bagi memudahkan urusan sepanjang pembayaran bantuan tersebut.

“Namun, kami memohon maaf sekiranya terdapat keadaan yang amat sesak di cawangan kami dan akan berusaha memudahkan urusan setiap pelanggan termasuk memastikan segala urusan pelanggan diselesaikan pada hari yang sama,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini