PORTO ALEGRE, Brazil – Penjaga gol Brazil, Alisson memuji semangat juang rakan-rakan sepasukan ketika menyingkirkan Paraguay menerusi penentuan sepakan penalti untuk mara ke separuh akhir Copa America, hari ini. Tuan rumah hampir berdepan mimpi ngeri apabila saingan diheret ke penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 0-0 sehingga tamat masa tambahan. Brazil yang kalah kepada Paraguay dalam dua penentuan sepakan penalti pada suku akhir Copa America sebelum ini bagaimanapun menamatkan badi tersebut apabila menang 4-3. Alisson yang juga penjaga gol Liverpool cemerlang apabila menyelamatkan cubaan pertama Paraguay menerusi Gustavo Gomez…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya