PULAU PINANG – Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan sebuah bot kenka tempatan hari ini kerana didapati melanggar syarat sah lesen iaitu menangkap ikan di luar kawasan yang ditetapkan. Bot berkenaan ditahan kira-kira pukul 5.30 pagi hari ini di kedudukan 6.1 kilometer dari Barat Laut Muara Sungai Kerian berhampiran Sungai Udang, Nibong Tebal di sini. Pengarah Maritim negeri, Kapten Maritim Hamizan Harun berkata, bot peronda Maritim Malaysia telah melakukan rutin rondaan di sekitar perairan Pulau Pinang dan telah mengesan dua buah bot kenka yang sedang melakukan aktiviti menangkap ikan.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya