LONDON – Ahli Parlimen Uxbridge dan Selatan Ruislip, Boris Johnson menang undi terbanyak dalam proses undian pertama untuk menentukan ketua Parti Konservatif dan Perdana Menteri Britain yang baharu.
BBC melaporkan, tiga pencabar lain, Mark Harper, Andrea Leadsom dan Esther Mcvey tersingkir dalam pengundian yang dijalankan secara tertutup di dewan parlimen Britain itu.
Johnson menerima 114 undi, diikuti Jeremy Hunt (43) dan Michael Gove dengan 37 undi.
Memuatkan artikel berkaitan…
Tujuh calon melangkah ke pemilihan seterusnya yang akan diadakan pada minggu depan.-AGENSI










