JELI 16 Jun – Seekor lembu yang terjatuh ke dalam sebuah perigi lama di Kampung Baru Sungai Mekong, di sini berjaya diselamatkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jeli hari ini. Ketua Balai Bomba dan Penyelanat Jeli, Mohd Adni Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 9.35 pagi sebelum bergegas ke tempat kejadian. “Sebaik tiba, kami dapati seekor lembu telah terjatuh ke dalam perigi lama. “Lembu berkenaan bagaimanapun berjaya dikeluarkan dari perigi menggunakan peralatan khas dan diserahkan kepada pemiliknya,” katanya dihubungi di sini hari ini. –…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya