KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mendesak Pesuruhjaya Sukan (PJS) membuat keputusan segera sama ada beliau layak atau tidak untuk bertanding jawatan presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM). Kata Khairy, ini penting kerana dengan mesyuarat agung tahunan (AGM) MPM akan berlangsung Sabtu ini, PJS mempunyai masa suntuk untuk berbuat demikian. Jika tidak, masalah mungkin timbul ketika atau selepas mesyuarat, malah kemenangan calon boleh terbatal sekiranya ia diteruskan…










