AWANG berharap inkues bagi menentukan kematian Muhammad Adib Mohd. Kassim akan berjalan lancar selepas pelbagai isu sebelum ini. Urusan pelantikan peguam mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Jabatan Bomba pun sudah selesai. Justeru, tumpuan perlu diberikan bagi mengetahui kisah sebenar di sebalik kematian ahli bomba tersebut. Terlalu banyak cerita dan kenyataan bergentayangan sehingga menggugat ketelusan kerajaan dalam soal inkues ini Bagaimanapun Awang tidak mahu menuduh apa-apa. Tetapi Awang bersetuju…










