MULAI kelmarin warga kota mula meninggalkan ibu negara untuk pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menyambut Aidilfiri yang dijangka pada Rabu ini. Awang doakan perjalanan mereka diberkati Allah SWT. Saban tahun pada setiap musim perayaan pasti ada kemalangan ngeri yang meragut nyawa. Awang berharap tahun ini kita tidak akan dihidangkan dengan berita seumpama itu. Aidilfitri perlu disambut dalam keriangan, bukannya tangisan. Justeru Awang berharap pemandu-pemandu akan berhati-hati terutamanya pemandu bas.…