KUALA LUMPUR – Bilik persalinan di Kelab Tasik Putarajaya akan ditutup mulai 12 hingga 19 Jun ini bagi memberi laluan kerja-kerja pembaikan paip bocor.
Pihak pengurusan kelab dalam satu kenyataan memaklumkan, kerja-kerja pembaikan akan melibatkan di kedua-dua bilik persalinan lelaki dan wanita.
Bilik persalinan berkenaan akan dibuka semula kepada orang ramai selepas kerja-kerja pembaikan selesai dijalankan dan pihak pengurusan kelab memohon maaf atas kesulitan yang berlaku. – UTUSAN ONLINE
Memuatkan artikel berkaitan…










