MASYARAKAT Malaysia sudah mempunyai kesedaran tentang perlunya pokok-pokok ditanam bagi menggantikan yang telah hilang akibat aktiviti pembalakan dan pembangunan. Kebanyakan aktiviti menanam pokok dilakukan sempena sambutan hari tertentu seperti Hari Alam Sekitar Sedunia, Hari Perhutanan Sedunia, Hari Tanah Lembab, Hari Bumi, Hari Habitat Sedunia dan sebagainya. Pelbagai jenis pokok ditanam mengikut kesesuaian habitat dan fungsinya. Antaranya adalah pokok bakau, pokok buah-buahan nadir, pokok-pokok hutan, pokok khusus pada habitat tertentu dan…










