PUTRAJAYA – Berikan sokongan dan kepercayaan kepada Latheefa Koya untuk menerajui Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan melaksanakan tugasnya dengan terbaik, kata bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull. Mohd. Shukri berkata, adalah membuang masa untuk melalak dan ‘membawang’ kerana Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah membuat keputusan mengenai pelantikan Latheefa sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu. Katanya, beliau meletakkan kepercayaan kepada Latheefa untuk memimpin SPRM dengan…










