KUALA LUMPUR – Beberapa kawasan di Klang masih mengalami gangguan bekalan air akibat insiden paip utama bocor di Seksyen 15, Shah Alam. Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) dalam satu kenyataan memaklumkan, kawasan yang masih mengalami gangguan ialah Taman Sentosa dan Taman Sri Andalas. Bagaimanapun, sehingga pukul 6 petang tadi, beberapa kawasan lain terjejas akibat insiden berkenaan sudahpun menerima bekalan air. Pengguna dinasihatkan untuk melayari laman web www.syabas.com.my, Facebook…










