LONDON – Chelsea menolak tawaran daripada Bayern Munich yang berminat untuk mendapatkan khidmat Callum Hudson-Odoi. Difahamkan juara Bundesliga itu membuat tawaran sebanyak 22.4 juta pound (RM117 juta) untuk membawa masuk pemain kebangsaan England itu. Hudson-Odoi memasuki tahun akhir kontraknya bersama Chelsea dan ketika ini sedang menjalani pemulihan kecederaan Achilles. Bagaimanapun, Chelsea menawar kontrak lanjutan selamat lima tahun kepada pemain berusia 18 tahun itu selepas The Blues ingin mengilap bakat Hudson-Odoi…










