KUALA TERENGGANU – Pertubuhan Warisan Pendidikan Negeri Terengganu (Pewaris) menggesa agar Yayasan Terengganu (YT) menyalurkan segera bantuan pendidikan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bagi membolehkan para pelajar membuat persiapan rapi menghadapi peperiksaan itu nanti. Pengerusi Pewaris, Datuk Syed Anuar Syed Mohamad berkata, pihaknya dimaklumkan sehingga kini para pelajar Terengganu yang bakal menduduki STPM tahun ini masih belum menerima insentif tersebut sebagaimana lazimnya diagih pada tahun-tahun sebelumnya. Beliau memberitahu, pada masa…









