Banjir di Hilir Perak pulih sepenuhnya - Utusan Malaysia

Banjir di Hilir Perak pulih sepenuhnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Pusat Pemindahan Sementara (PPS) banjir di Sekolah Kebangsaan Changkat Jong, Teluk Intan yang dibuka sejak Jumaat lepas ditutup sepenuhnya pagi ini. 

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Hilir Perak, Marlia Mohd. Belia berkata, PPS ditutup kira-kira 9.40 pagi tadi setelah semua baki 27 penduduk dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

“Hasil pemantauan mendapati air banjir telah surut sepenuhnya dan kediaman semua mangsa selamat untuk diduduki. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Terima kasih kepada semua agensi yang terlibat bertungkus lumus menyeliakan PPS tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Banjir di Hilir Perak melibatkan Kampung Batu 7 1/2, Kampung Batu 8 dan Kampung Batu 9 itu berpunca daripada hujan lebat pada Jumaat.

Sementara itu, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kampar memaklumkan, masih terdapat  14 orang daripada dua keluarga ditempatkan di PPS Dewan Orang Ramai, Kampung Kuala Dipang setakat pukul 9 pagi tadi.

“Penduduk terjejas di daerah Kampar masih belum dibenarkan pulang sehingga pihak keselamatan mengesahkan kediaman mereka selamat didiami,” menurut kenyataan sekretariat berkenaan. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini