Baki nombor siri VDN kini dibuka kepada orang ramai - Utusan Malaysia

Baki nombor siri VDN kini dibuka kepada orang ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Baki nombor pendaftaran kenderaan di Kuala Lumpur dengan nombor siri VDN yang tidak dibida kini dibuka kepada orang ramai untuk dibeli mengikut harga minima ditetapkan.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata, orang awam yang berminat untuk mendapatkan baki nombor tersebut boleh berurusan di Pejabat JPJ negeri atau cawangan berhampiran.

“Bagi nombor pendaftaran bernilai utama, harga tawaran bermula dari RM20,000; nombor menarik dua digit (RM3,000); nombor menarik tiga digit (RM2,500); nombor menarik empat digit (RM2,000); nombor popular (RM500) dan nombor semasa (RM300).

“Orang ramai juga disaran untuk memiliki akaun mySIKAP awam bagi mendapatkan senarai nombor semasa yang masih belum didaftarkan lagi dan seterusnya membeli secara atas talian,” katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini.

Mengulas lanjut Shaharuddin berkata, keputusan rasmi sistem tender dalam talian (e-bidding) menerusi aplikasi JPJeBid bagi siri VDN yang berlangsung selama lima hari bermula 21 Jun lalu telah dikeluarkan semalam pada pukul 12.00 tengah hari.

Katanya, nombor siri VDN1 dibida dengan nilai tertinggi iaitu RM158,000 manakala VDN9 kedua tertinggi dengan RM65,000.

“Jumlah keseluruhan pembida bagi nombor siri VDN adalah seramai 903 orang dengan jumlah resit yang dibeli sebanyak 2,191.

“Hasil kutipan bidaan bagi nombor siri tersebut adalah yang tertinggi setakat sini iaitu sejumlah RM1.3 juta dengan jumlah tertinggi adalah bagi nombor VDN1,” katanya. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×