GUA MUSANG – Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melaksanakan operasi pemindahan perubatan (Medevac) mengambil dua pesakit Orang Asli untuk mendapatkan rawatan di Hospital Gua Musang, di sini hari ini. Pesakit yang dibantu tersebut ialah Shela Omar, 21, seorang wanita yang akan bersalin dari Kampung Penad, Pos Simpor. Seorang lagi ialah kanak-kanak lelaki berusia enam tahun, Zohdi Baida yang mengalami demam panas, cirit-birit dan batuk sejak lima hari…










