KUANTAN – Inisiatif Program Barang Asas 100 (BA100) yang dipelopori Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (Angkasa) membantu mengurangkan harga produk barangan asas seperti minyak masak dan gula secara purata empat peratus lebih murah berbanding pasaran semasa. Presiden Angkasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, Majlis Tindakan Sara Hidup Negara yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di Putrajaya semalam bersetuju menjadikan program BA100 itu sebagai platform untuk…









