SHAH ALAM 13 Jun – Selepas beberapa hari tular video seks songsang yang dikatakan miripnya, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali membuat kemunculan sulungnya dalam majlis Jalinan Aidilfitri anjuran Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini.
Timbalan Presiden PKR yang lengkap berbaju melayu berwarna ungu tiba bersama isterinya, Datin Seri Shamsidar Taharin.
Mohamed Azmin memasuki perkarangan dewan lima minit selepas ketibaan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.
Memuatkan artikel berkaitan…
Majlis Jalinan Aidilfitri PKNS dan Kumpulan Anak Syarikat 2019 itu meriah dengan kehadiran kira-kira 3,000 pengunjung. – UTUSAN ONLINE










