ATM rampas 1,579kg daun ketum mahu diseludup ke Thailand - Utusan Malaysia

ATM rampas 1,579kg daun ketum mahu diseludup ke Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERANG – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merampas sebanyak 1,579 kilogram (kg) daun ketum dianggarkan bernilai RM142,110 selepas menahan empat pendatang asing tanpa izin (PATI) di sempadan Malaysia-Thailand, Durian Burung dekat sini semalam.

Penahanan dua lelaki warga Thailand dan Myanmar berusia 33 tahun yang disyaki penyeludup serta dua lagi PATI warga Myanmar dibuat pasukan ronda Enam Rejimen Renjer Diraja (6 RRD) kira-kira pukul 5 petang.

Panglima Enam Briged, Brigedier Jeneral Mohd. Halim Khalid berkata, pasukan ronda yang melakukan rondaan di kawasan operasi terserempak dengan seorang lelaki disyaki warga asing.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Suspek bertindak melarikan diri selepas menyedari kehadiran pasukan keselamatan, bagaimanapun dia akhirnya berjaya ditahan.

“Lokasi suspek ditahan dipercayai menjadi tempat pembungkusan dan transit ketum untuk penyeludupan di sempadan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, hasil pemeriksaan lanjut menemui tiga lagi warga asing iaitu dua lelaki dan seorang perempuan yang bersembunyi di kawasan hutan berhampiran.

Menurut Mohd. Halim, semasa pasukan membuat pemeriksaan terhadap tangkapan dan barang rampasan, anggota mendapati terdapat sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero menghampiri lokasi kejadian.

“Pemandu kenderaan itu bertindak melarikan diri sebaik menyedari kehadiran anggota keselamatan dan hasil pemeriksaan mendapati kenderaan itu dipenuhi bungkusan plastik hitam mengandungi daun ketum,” katanya.

Tambahnya, siasatan mendapati dua lelaki warga Thailand dan Myanmar disyaki penyeludup ketum dan PATI ke sempadan Thailand manakala seorang lelaki dan perempuan Myanmar dipercayai sedang menunggu kenderaan untuk dihantar ke sempadan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini