Artis Indonesia tawar seks dipenjara 5 bulan - Utusan Malaysia

Artis Indonesia tawar seks dipenjara 5 bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA – Selebriti Indonesia, Vanessa Angel dihukum penjara lima bulan semalam oleh Mahkamah Daerah Surabaya selepas didapati bersalah terlibat dalam sindiket pelacuran online.

Sindiket tersebut dilapor mengenakan bayaran sehingga 80 juta rupiah (RM24,000) untuk setiap perkhidmatan seks.

Hakim Dwi Purwadi yang mengetuai panel hakim membacakan keputusan mahkamah terhadap aktres berusia 27 tahun itu, demikian menurut agensi berita Antara.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun, Vanessa dijangka dibebaskan hujung minggu ini berikutan hukuman penjara tersebut dikira sejak dia ditahan pada 31 Januari lalu.

Selebriti cantik itu ditangkap di Surabaya selepas polis menemui bukti transaksi bayaran yang mengaitkan aktiviti itu dengan dirinya.

Vanessa merupakan artis kelahiran Jakarta pada 21 Disember 1991.

Artis cantik itu bergiat dalam bidang peragaan sebelum menceburi industri hiburan Indonesia termasuk layar perak dan drama sinetron. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini