MEKAH 16 Jun – Arab Saudi mengeluarkan sebanyak 7.65 juta visa umrah sejak awal Oktober lalu hingga 13 Jun ini. Menurut Kementerian Haji dan Umrah, sebanyak 7.39 juta jemaah sudah tiba di negara ini dan 6.8 juta lagi sudah pulang ke tanah air masing-masing selepas selesai menunaikan ibadah tersebut. Kementerian itu juga menjelaskan bahawa sebanyak 504,809 jemaah masih berada di negara ini dengan 278,368 daripadanya berada di Mekah dan 226,441 di Madinah. – AGENSI
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya