KOTA BHARU – Tan Sri Annuar Musa dicalonkan semula sebagai presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan bakal berdepan dengan tiga lagi individu pada Kongres Agung Luar Biasa (EGM) persatuan itu, 6 Julai ini. Annuar, bekas presiden selama dua penggal iaitu pada 2007 hingga melepaskan jawatan itu pada November 2016, merupakan antara nama diterima selepas pencalonan ditutup pada jam 12 tengah hari tadi. Pemangku Presiden KAFA, Datuk Seri Afandi Hamzah…