Anjung Spotter dek pemerhati pesawat pertama di Malaysia dilancar - Utusan Malaysia

Anjung Spotter dek pemerhati pesawat pertama di Malaysia dilancar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG – Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) telah melancarkan dek pemerhati pesawat luar pertama di negara ini, Anjung Spotter dalam usaha mempertingkat serta menggalakkan aktiviti pemerhatian pesawat.

Pembukaan dek yang mampu menampung sehingga 40 orang pada sesuatu masa itu sekali gus mewujudkan satu lokasi tumpuan pelancongan baharu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menerusi kemudahan tersebut, orang ramai boleh menggunakan dek itu untuk menikmati panorama pesawat berlepas dan mendarat dari perspektif sebuah lokasi strategik yang terletak dalam lingkungan perimeter 10 kilometer persegi dari KLIA.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Pegawai Eksekutif MAHB, Raja Azmi Raja Nazuddin berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan pembukaan Anjung Spotter akan mewujudkan lebih banyak dek seperti itu pada masa depan.

“Kegiatan memerhati pesawat merupakan aktiviti yang digemari ramai. Kita melihat aktiviti ini dilakukan di lapangan-lapangan terbang seperti di Perth, Australia, Frankfurt, Jerman dan Amerika Syarikat.

“Sehubungan itu, kita berharap ia dapat berkembang dan aktif di negara ini juga,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran pembukaan Anjung Spotter di KLIA di sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi MAHB, Tan Sri Zainun Ali dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes

Pembinaan dek merangkumi ruang berbumbung separuh dan terbuka sepenuhnya itu melibatkan perbelanjaan modal sebanyak RM300,000. – K! ONLINE

Oleh MUHAMMAD AYMAN GHAFFA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini