KANGAR – Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail menyeru kepada seluruh anggota polis agar mengambil iktibar dan tanggungjawab penuh untuk mengembalikan kegemilangan pasukan keselamatan itu. Baginda bertitah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sewajarnya menjadi sebuah pasukan yang sentiasa dipandang tinggi oleh masyarakat. Titah baginda, hal demikian bukan sahaja disebabkan kecekapan pasukan polis dalam menangani jenayah dan menjaga keamanan negara, malah kerana budi pekerti setiap anggota yang menyantuni masyarakat. “Dewasa ini, jika kita ikuti perkembangan di media sosial dan media perdana, begitu banyak kes-kes salah laku yang melibatkan anggota polis. Institusi polis…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya