Isu berkaitan alam sekitar memang tidak popular di Malaysia. Tidak kiralah pencemaran air dan sungai, pencemaran bau atau pun pencemaran udara. Namun, ulangan insiden pencemaran udara di Pasir Gudang, Johor, 20 Jun lalu mencetuskan fenomena yang membimbangkan. Kes pencemaran udara itu memaksa Kementerian Pendidikan menutup semua 475 institusi pendidikan di kawasan tersebut bagi membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya terhadap insiden berkenaan. Pasir Gudang adalah kawasan industri terbesar di Malaysia…










