TEMERLOH – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli menziarahi mangsa-mangsa ribut di daerah ini hari ini. Seri Paduka yang diiringi Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berkenaan mengurniakan sumbangan kepada 74 keluarga yang terjejas. Seri Paduka menitahkan supaya semua penduduk yang terjejas akibat ribut tabah dan bersabar menghadapi dugaan Allah SWT itu. “Saya bersama Raja Permaisuri dan keluarga bersimpati atas musibah…










