PULAU PINANG – Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal melahirkan rasa kecewa dan kesal dengan isu pengagihan zakat oleh bukan Islam yang disifatkan semakin menjadi-jadi di negeri ini. Ketuanya, Mohd. Norhiesam Ismail berkata, pemimpin DAP dilihat langsung tidak mempedulikan keresahan umat Islam berhubung perkara itu seperti yang disuarakan khususnya menerusi media sosial dan tetap memilih untuk terlibat dalam pengagihan zakat berkenaan. Sedangkan, tambah beliau, semua pihak sedar penglibatan pemimpin bukan…









