Agama faktor penyatuan - Yadim - Utusan Malaysia

Agama faktor penyatuan – Yadim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Agama menjadi faktor penyatuan kaum di negara ini dengan menyederhanakan perasaan taksub dan fanatik agama, perkauman serta budaya dan adat resam melampau bagi sesuatu kaum atau bangsa.

Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Nik Omar Nik Abdul Aziz berkata, perasaan melampau tentang perkauman dan agama diredakan oleh semangat tolak ansur serta setiakawan ketika menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri melalui penganjuran rumah terbuka.

“Agama Islam adalah agama yang menyatupadukan umat manusia, agama yang menghormati sesama manusia dan memuliakan tetamu, kini mula digugat akibat ketandusan ilmu pengetahuan tentang Islam.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Umat Islam hendaklah menjalinkan silaturahim dengan mereka yang berlainan agama kerana mereka juga ada beberapa haknya seperti hak kewarganegaraan, kejiranan dan kekeluargaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sebagai agama yang membawa mesej perpaduan antara umat manusia, jelas Nik Omar, budaya menghormati sesama manusia dan memuliakan tetamu adalah perkara utama.

Melalui silaturahim, kata beliau, hubungan antara manusia semakin rapat dan tiada kebaikan yang lebih cepat mendapat pahala selain silaturahim serta tiada kejahatan yang lebih cepat mendatangkan azab Allah selain memutuskan silaturahim.

“Di sinilah, silaturahim perlu dibudayakan dengan menjadikan ia sebagai sempadan nilai budaya yang bakal membangunkan semula semangat penyatuan antara masyarakat.

“Ini adalah kerana nilai budaya yang terkandung melalui perayaan Aidilfitri ialah kemenangan setiap orang Islam dalam mengekang hawa nafsu,” katanya.

Beliau turut menggesa umat Islam agar tidak membiarkan diri menjadi perosak kerana kelak akan dinilai bersandar sumbangan kepada kepentingan pembangunan masyarakat, agama dan kesejahteraan negara.

“Dengan memperbanyakkan rumah terbuka pada Hari Raya Aidilfitri, tentunya akan membantu menghapuskan nilai-nilai negatif yang selama ini disandarkan kepada orang Islam,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini