KUALA LUMPUR – Semua majikan digesa mempertimbangkan jadual waktu kerja anjal bagi kakitangan yang mempunyai pasangan tinggal berjauhan. Bagaimanapun, pertimbangan itu juga hanya terpakai untuk golongan berkahwin sahaja. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, jadual waktu anjal ini akan memberikan peluang kepada kakitangan ini pulang ke pangkuan keluarga secara mingguan. Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, ada dalam kalangan pasangan berjauhan…