Acara Pagi Bebas Kenderaan KL edisi raya, Ahad ini - Utusan Malaysia

Acara Pagi Bebas Kenderaan KL edisi raya, Ahad ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Jalan Raja berhadapan Dataran merdeka dan sekitar pusat bandar akan ditutup bermula dari pukul 7 hingga 9 pagi pada Ahad ini sempena acara Pagi Bebas Kenderaan Kuala Lumpur edisi raya.

Pusat Pengurusan Pengangkutan Bersepadu (ITIS) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan, pelbagai acara akan berlangsung dan orang ramai dipelawa untuk hadir bagi memeriahkan aktiviti yang dijalankan itu.

“Acara akan dimulakan pada pukul 7 pagi di Dataran DBKL. Semua warga kota dialu-alukan untuk hadir bagi memeriahkan acara edisi raya ini,” katanya dalam satu kenyataan. – UTUSAN ONLINE

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini