TUNIS 27 Jun – Sekurang-kurangnya sembilan cedera apabila dua pengebom nekad menyerang polis dan tentera dalam dua kejadian berasingan di ibu negara Tunisia, hari ini. AFP yang memetik jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Sofiene Zaag sebagai berkata, serangan pertama berlaku di jalan utama Tunis yang mencederakan tiga penduduk awam dan dua anggota polis manakala dalam serangan pengebom mati di pangkalan tentera pula, empat anggota keselamatan cedera. Dua kejadian itu berlaku antara 10.50 pagi dan 11.00 pagi waktu tempatan. -AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya