GENEVA 19 Jun – Seramai 70.8 juta orang dilaporkan kehilangan tempat tinggal pada tahun lalu. Dalam laporan tahunan global Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), organisasi berkenaan menyifatkan angka terbabit adalah ‘konservatif’ kerana jumlah mereka yang melarikan diri dari krisis di Venezuela sedang dikira. Pada akhir 2017, 68.5 juta orang kehilangan tempat tinggal selepas berdepan krisis keganasan atau penindasan. Laporan itu menyenaraikan 41.3 juta orang adalah pelarian domestik, 25.9 juta orang pelarian dan 3.5 juta pencari suaka politik. – AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya