KUALA LUMPUR – Seramai 62 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam Operasi Bersepadu Warga Asing yang diadakan di beberapa lokasi di sekitar ibu negara pada 31 Mei lalu. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, operasi dilakukan pada pukul 9 malam hingga 7 pagi keeseokan harinya dengan kekuatan seramai 177 orang pegawai serta anggota polis Kuala Lumpur bersama lima pegawai kanan dan anggota dari Jabatan Imigresen Malaysia.…










