553 saman dikeluarkan JPJ - Utusan Malaysia

553 saman dikeluarkan JPJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR- Sebanyak 553 saman dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) dalam Op Bersepadu Hari Raya Aidilfitri (HRA) berhampiran Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bangsar malam tadi.

Operasi bermula pukul 8 malam itu dianggotai 106 pegawai dan anggota JPJWPKL, Jabatan Imigresen, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Alam Sekitar dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan & Operasi) JPJ Malaysia, Zamakhshari Hanipah berkata, pemeriksaan mendapati kebanyakan pesalah jalan raya tidak mempunyai lesen serta cukai jalan telah tamat tempoh.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut beliau, sebanyak 10 daripada 20 individu berusia 19 hingga 39 tahun yang diperiksa AADK didapati positif dadah jenis ganja dan syabu.

“Dalam operasi ini, sebanyak 50 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan Jabatan Imigresen kerana tidak mempunyai pasport serta dokumen pengenalan diri yang sah.

“Antara ditahan adalah warga Indonesia, Sri Lanka dan India, Pakistan, Nepal dan Vietnam,” katanya dalam sidang akhbar selepas Op Bersepadu HRA di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah JPJWPKL, Datuk Ismail Zawawi.

Tambah Zamakhshari, tujuh kenderaan disaman dikeluarkan di bawah Jabatan Alam Sekitar kerana tidak mengikut peraturan yang ditetapkan.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini