KUALA LUMPUR – Lebih 5,000 warga Bandar Tun Razak memenuhi pekarangan Stadium Bola Sepak Cheras, di sini hari ini bagi menjayakan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran Parlimen Bandar Tun Razak. Program dengan kerjasama Jabatan Penerangan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur itu dimeriahkan dengan kehadiran Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Kamarudin Jaafar. Selain dihiburkan dengan persembahan kumpulan muzik, tetamu turut dihidangkan dengan pelbagai juadah hari raya antaranya lemang,…