457 institusi pendidikan di Pasir Gudang dibuka semula esok - Utusan Malaysia

457 institusi pendidikan di Pasir Gudang dibuka semula esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG – Semua 457 insitusi pendidikan dalam kawalan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terletak di Pasir Gudang yang ditutup pada 25 Jun lalu akibat gangguan pernafasan dan muntah-muntah, akan dibuka semula esok.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Mohd. Khuzzan Abu Bakar berkata, ia membabitkan 111 buah sekolah rendah dan menengah kerajaan, tiga institusi pendidikan tinggi, 14 buah sekolah swasta dan antarabangsa serta 347 tadika swasta.

“Satu pasukan petugas akan digerakkan ke sekolah-sekolah yang pernah terjejas untuk diberikan sesi taklimat keselamatan serta pencegahan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sesi taklimat itu akan dilakukan pada perhimpunan dan semua agensi yang terlibat telah berada dalam keadaan siap siaga sekiranya berlaku kecemasan,” katanya dalam sidang media di Menara Aqabah, Majlis Perbandaran Pasir Gudang di sini hari ini.

Beliau berkata, sehingga 12 tengahari tadi, bacaan tahap kualiti udara di Pasir Gudang berada pada tahap normal dan pemantauan kualiti udara oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor akan diteruskan dari semasa ke semasa.

Dalam pada itu, tambahnya, tiada pesakit baharu dimasukkan ke dalam wad sejak Selasa lepas.

“Seorang pelajar perempuan berusia 17 tahun yang dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) sejak Selasa lepas merupakan satu-satunya mangsa yang masih berada di wad hospital itu, dia dalam keadaan stabil dan mempunyai rekod penyakit asma,” katanya. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini