BEIRUT – Sekurang-kurangnya 45 terbunuh dalam pertempuran antara tentera pro-kerajaan dengan kumpulan pemberontak di Barat Syria, di sini. Ketegangan berlaku di daerah Hama selepas kumpulan Hayat Tahrir al- Sham melancarkan serangan sekitar waktu Subuh. Ketua pemantau, Rami Abdul Rahman mendedahkan 14 tentera kerajaan terkorban dalam pertempuran itu. “Tentera rejim melancarkan serangan balas,” katanya. Hama terletak berdekatan wilayah-wilayah dikuasai kumpulan pemberontak termasuk Idlib.- AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya