ISKANDAR PUTERI – Sebanyak 3,992 kes ponteng kelas dan sekolah direkodkan dalam kalangan murid di negeri ini sejak Januari hingga kini. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia dan Sains Teknologi Johor, Aminolhuda Hassan berkata, namun begitu, daripada jumlah berkenaan, sebanyak 298 kes berjaya diselesaikan sehingga kini dengan murid-murid yang terlibat sudah menunjukkan perubahan tingkah laku dengan tidak mengulangi kesalahan ponteng. “Berdasarkan data eRekod Kaunseling Sekolah-Sekolah Negeri Johor (Januari – Jun 2019),…










