KUALA LUMPUR – Kerajaan memutuskan Hari Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-16 pada 30 Julai ini sebagai cuti umum seluruh negara. Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ismail Bakar berkata, pengisytiharan hari kelepasan am tambahan itu dibuat berdasarkan Seksyen 8, Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan. “Sabah dan Sarawak pula, tindakan akan diambil oleh kerajaan negeri masing-masing mengikut undang-undang negeri berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya