BAGHDAD 19 Jun – Serangan roket berhampiran kem pekerja Exxon Mobil Corp. di selatan Iraq semalam tidak menjejaskan medan minyak atau eksport. Lapor Bloomberg yang memetik sumber yang enggan dikenali sebagai berkata, masih tidak jelas sama ada operasi Exxon merupakan sasaran serangan itu. Insiden di wilayah Basra itu mencederakan tiga orang di syarikat carigali berkenaan. Exxon memindahkan sebanyak 20 kakitangan asing ekoran kejadian itu. Serangan terhadap kemudahan tenaga termasuk saluran paip dan beberapa kapal tangki minyak mencetuskan kebimbangan Asia Barat bakal terjerumus ke dalam satu lagi konflik. – AGENSI
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya