19 juta tontonan Konvoi Epik Fantastik - Utusan Malaysia

19 juta tontonan Konvoi Epik Fantastik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Jun – Iklan raya Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang penuh dengan babak dramatik dan lucu berjaya mencuit hati warga maya dengan kira-kira 19 juta tontonan setakat ini dalam pelbagai platform media sosial sejak pelancarannya 23 Mei lalu.

Iklan bertajuk ‘Konvoi Epik Fantastik’ itu memaparkan telatah Nabila dan keluarga besarnya berkonvoi sehari suntuk menyambut Hari Raya ke semua sepuluh rumah adik beradik Tok Wannya.

Sepanjang perjalanan itu, dipaparkan pelbagai babak lucu serta mencuit nostalgia mereka yang pulang ke kampung meraikan Syawal.

Memuatkan artikel berkaitan…

Berdurasi lebih empat minit, iklan raya TNB kali ini memaparkan pemandangan indah Perlis sepanjang perjalanan konvoi keluarga Nabila beraya.

Ia menerima pujian warga maya yang terhibur dengan keletah Nabila dan keluarganya. Iklan itu menonjolkan tradisi kunjung mengunjungi sebagai usaha memanjangkan silaturahim dan mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Iklan tersebut turut mendapat pujian warga maya yang menyifatkan jalan cerita tersebut adalah menarik dan terbaik.

Seorang pengguna laman sosial dikenali Mohd. Farhan berkata, setiap tahun menjelang Syawal dia sentiasa menanti iklan raya TNB.

“Iklan TNB tidak pernah mengecewakan..Dari dulu sampai sekarang mesti tunggu drama raya TNB. Semoga terus maju jaya untuk semua warga TNB. 

“Aku bagi 10 star (bintang) untuk semua yang dah berusaha keras untuk kami semua,” katanya.

Orang ramai boleh menonton di sebalik tabir pembikinan iklan tersebut di www.youtube.com/tenagaofficial. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini