130 ahli keluarga Ibrahim Non dan Jamaah Jaafar berkumpul - Utusan Malaysia

130 ahli keluarga Ibrahim Non dan Jamaah Jaafar berkumpul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MERIAH. Seramai 130 ahli keluarga Ibrahim Non dan Jamaah Jaafar berkumpul bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri keluarga berkenaan di Kampung Tali Air 7 Sungai Leman, Sekinchan, Selangor baru-baru ini.

Penyelaras program, Abdul Samad Ibrahim berkata, program itu bagi merapatkan hubungan antara ahli keluarga yang datang dari Pahang, Negeri Sembilan dan Selangor.

Katanya, program itu dimulakan dengan majlis bacaan tahlil sebelum diserikan dengan penyampaian hadiah kepada ahli keluarga yang cemerlang dalam peperiksaan sebelum ini.

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini