100 orang terbunuh dalam tempoh 48 jam di Syria - Utusan Malaysia

100 orang terbunuh dalam tempoh 48 jam di Syria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIRUT 20 Jun – Seramai lebih 100 orang dilaporkan maut selepas pertempuran tercetus antara tentera Syria dan kumpulan pemberontak dalam tempoh 48 jam di wilayah Idlib. Menurut Pertubuhan Pemantau Hak Asasi Manusia ke Syria, pertempuran yang berlaku sejak Selasa lalu mengakibatkan 75 anggota pemberontak maut manakala 29 tentera Syria terkorban. Pertempuran itu tertumpu di sekitar Tal Meleh, utara wilayah Hama. “Pertempuran masih berlaku, dengan pesawat tempur tentera dan Rusia mengebom kawasan terbabit,” kata ketua pertubuhan berkenaan, Rami Abdel Rahman. – AFP

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN