KLANG – Kebakaran tapak perlupusan sampah haram di Jalan Sungai Saim, Kampung Rantau Panjang, di sini, semalam telah memusnahkan kira-kira 1.2 hektar. Kebakaran itu mula dikesan pukul 8 pagi itu dilakukan individu yang tidak bertanggungjawab. Difahamkan tanah tersebut adalah milik persendirian dan telah dijadikan tapak pelupusan sampah bagi bahan kitar semula dan penebat wayar yang dikisar. Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Klang, Samsol Maarif Saibani berkata, kerja-kerja pemadaman telah berlangsung…










