Zubair rangkul kejuaraan di Singapura - Utusan Malaysia

Zubair rangkul kejuaraan di Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Mei – Pemain golf amatur negara, Zubair Firdaus menampilkan aksi cemerlang selepas muncul juara Kejohanan Amatur Remaja Asia Pasifik 2019 yang berlangsung di Singapura, semalam.

ZUBAIR FIRDAUS muncul juara di Kejohanan Golf Amatur Remaja Asia Pasifik di Laguna Golf &Country Club, Singapura.

Dalam aksi yang berlangsung di Laguna National Golf & Country Club itu, pemain berusia 16 tahun itu meraih catatan par selepas melakukan 216 pukulan dalam kejohanan tiga hari itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kejayaan itu juga menyaksikan dia berpeluang untuk beraksi dalam dua kejohanan Jelajah Pembangunan Asia (ADT) 2019 serta tiga kejohanan remaja utama di Amerika Syarikat termasuk Kejohanan Amatur Southern California dan Kejohanan Amatur Pacific Coast.

“Saya sangat gembira dengan kejayaan ini, saya bangkit daripada ketinggalan satu pukulan untuk menang dengan kelebihan satu pukulan.

“Saya berjaya melakukan putt dari jarak 20 kaki di lubang terakhir dan saya rasa kejohanan di South East District Golf Association banyak membantu saya dari kecergasan dalam kejohanan ini.

“Ada beberapa pukulan sukar sepanjang kejohanan ini tetapi saya percaya saya boleh lakukannya,” kata Zubair.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini