KUALA LUMPUR – Telah tiba masanya bagi pentadbiran Zoo Negara mencari jalan menambah bilangan pelawat termasuk menerusi penjenamaan semula untuk terus kekal berdaya saing dengan keadaan semasa. Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. Xavier Jayakumar berkata, sejak penubuhannya Zoo Negara berada dalam keadaan baik, cuma dari segi kewangan tidak begitu memberangsangkan kerana banyak bergantung kepada jualan tiket dan penaja. “Zoo Negara perlu berubah kerana harapan orang ramai serta penaja amat tinggi. Sudah tentu…










