Zarco terpaksa pecat jurulatih - Utusan Malaysia

Zarco terpaksa pecat jurulatih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PERANCIS – Pelumba KTM Red Bull, Johann Zarco berharap jurulatih baharunya, Jean-Michel Bayle mampu membantunya mendapatkan kembali prestasi terbaiknya dalam saingan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) musim ini.

Zarco dilihat bergelut dengan presta­sinya selepas menyertai pasukan KTM dari Yamaha pada musim ini dan dilihat masih belum berjaya menyesuaikan diri dengan jentera KTM, RC16.

Lebih mengecewakan, pelumba berusia 29 tahun itu gagal mengulangi pencapaiannya menaiki podium sebagai naib juara di Grand Prix (GP) Perancis ketika bersama Yamaha tahun lepas apabila hanya mampu menamatkan saingan tersebut di tempat ke-13 minggu lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Selepas kecewa dengan keputusan tersebut, Zarco dilaporkan telah memecat pe­ngurus serta jurulatihnya, Laurent Fellon dan melantik Bayle sebagai pembimbing­nya yang baharu.

“Saya menghubungi Bayle pada tahun lalu, tetapi ketika itu saya tidak mempunyai masa untuk membincangkan perancangan saya. Jadi, saya rasa musim ini adalah yang terbaik untuk memanggil Bayle bagi membantu saya.

“Kini sudah memasuki pertengahan perlumbaan dan saya masih berdepan kesukaran. Bagaimanapun, saya akan tetap cuba belajar dan meraih sebanyak mungkin pengalaman bersama Bayle. Saya dan Bayle sudah pun memulakan latihan, malah sudah ada menunjukkan keputusan yang positif.

“Apa pun saya lihat kami masih mempunyai beberapa perkara perlu diselesaikan bagi membantu meningkatkan prestasi saya dan meraih keputusan terbaik bersama pasukan. Saya harap keputusan ini dapat membantu pasukan saya membina jentera yang lebih berdaya saing,” kata Zarco.

Bayle yang kini berusia 50 tahun, merupakan bekas pelumba MotoGP pasukan Yamaha, Aprilia dan Modenas dalam MotoGP bermula 1992 hingga 2002.

Sepanjang karier tersebut, pelumba kelahiran Perancis itu berjaya mencatat dua kemenangan bersama Yamaha dalam saingan kelas 500cc. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini