LONDON 2 Mei – Pablo Zabaleta akan kekal bersama West Ham hingga 2020 selepas kelab itu memberi lanjutan kontrak selama setahun.
Pertahanan kanan berusia 34 tahun itu sentiasa berada dalam kesebelasan utama The Hammers sejak menyertai kelab itu secara percuma pada Jun 2017.
Selepas menyertai setiap perlawanan kecuali satu buat West Ham dalam musim 2017-18, dia beraksi sebanyak 23 kali musim ini dan menjadi tonggak penting buat Manuel Pallegrini.
Zabaleta yang pernah menjuarai Liga Perdana Inggeris sebanyak dua kali menjadi kapten West Ham sebanyak empat kali dan dia sangat gembira kerana diberi peluang untuk terus beraksi bersama kelab itu untuk setahun lagi.
“Ini berita menggembirakan. Saya menikmati saat-saat indah di West Ham.
“Saya masih menikmati sukan ini dan ia membuatkan saya mahu terus beraksi untuk setahun lagi,” katanya.-AGENSI











