Yang di-Pertuan Agong berbuka puasa bersama rakyat di Padang MPK 1 - Utusan Malaysia

Yang di-Pertuan Agong berbuka puasa bersama rakyat di Padang MPK 1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 15 Mei – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat berbuka puasa bersama rakyat di Padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) 1 di sini hari ini.

Seri Paduka tiba di Padang MPK 1 pada pukul 6.50 petang diiringi Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Seri Paduka bersama Raja Pemaisuri Agong terlebih dahulu meninjau bazar Mahkota Square di sini dan membeli juadah berbuka puasa.

Memuatkan artikel berkaitan…
Yang di-Pertuan Agong berbuka puasa di Padang MPK 1
AL-SULTAN ABDULLAHRI’AYATUDDIN AL-MUSTAFA BILLAH SHAH dan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan melawat Bazar Ramadan Taman Kerang di Kuantan, Pahang hari ini. – UTUSAN ONLINE/AHMAD ZAKKI JILAN

Antara juadah yang dibeli Seri Paduka bersama Raja Pemaisuri Agong ialah air katira, air durian belanda, puding raja, sata dan pulut panggang.

Sultan Abdullah dan Tunku Azizah Aminah Maimunah turut beramah mesra dengan penjual di bazar berkenaan.

Yang hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr. Sallehuddin Ishak dan barisan Exco kerajaan negeri. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini